Thursday, 31 October 2013



HIJRAH

esok lusa hijrah baru pasti tiba
dan hijrahku masih digaris permulaan
masih terlena dipermulaan garisan...

adakah aku tidak mendengar
letusan yang telah dilepaskan
atau aku mahu membatalkan
permulaan perlumbaan ini
dan
hijrah baru tetap muncul
tak pernah berpaling
melihat siapa disana
yang terbelakang
JEJAK HATI..

retak rindu ini
bila cemburu itu hadir
memagar kasihku
tika aku ingin menetap
dilaman hatimu...

tak ku sesali semua itu
hadirku selepas dia...

pernah menjajahi jiwamu
akan cuba ku hitung
bilah-bilah luka ini
selagi pintu hatimu
tidak tertutup

dan selagi lantai tuhan ini
belum terbelah...

Pelancaran Buku Magnet Kekayaan Kejayaan di TV3

http://www.youtube.com/v/oUkiu67J040?autohide=1&version=3&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=SuqJ86-mNXtRuVW_LrCGKQ&autoplay=1

Saturday, 26 October 2013

WAHAI TERKASIH...
acap kali aku membilang bilah-bilah hidup ini
didalam kolam jiwa yang kontang
meski madu itu disaluti duri
akan ku reguk jua
demi jadi penawarnya
agar aku bisa sembuh dari luka yang panjang
dan menikmati sisa-sisa kasihmu
walau matamu berbicara
cinta itu bukan milik ku

wahai terkasih...
aku tahu
dupa cinta ini bukan milik kencana
GADIS TEMASIK
YANG BERHIJAB-Noor Aisya

aku lihat dimata gadis temasik itu
berkaca ada bicara dihatinya
terungkap melalui bait-bait indah bahasa
dijendela ini yang terbuka
nun jauh di seberang tambak sana 
ada gadis yang berhijab
suka pada mawar merah 

dan
ia berpuisi indah 
dikala malam kehilangan purnama 
bisikan jiwanya adalah
penyuluh tintaku

andainya Parameswara ada lagi
tentu dimilikinya hati gadis berhijab itu
dijadikan permasuri kota singa

jika umur Rafels
masih muda mungkin ada cinta
yang di bawa pulang....

dimata gadis berhijab
ada kata yang memberahikan
dan aku jatuh cinta
rupa2nya ada sajak aku didalam Lentera Sastera ini..bersama-sama penyair2 hebat.  Alhamdulillah 

Wednesday, 23 October 2013


MENTAFSIR 


jika pelangi itu

ada satu warna 

pasti indahnya tiada
bagai mana mahu 
memuji-muji
didalam bait-bait puisiku



akan


tinggal sepi pelangi itu

dalam segaris warna

yang sunyi
hadirnya cahaya 
tidak akan merosak warnanya



dan 


hidup ini seperti menjilat 

madu diatas batang

yang berduri
merasa kemanisanya dalam
kepedihan
menikmati keindahan dalam
keperitan


rupanya

mentafsir sebuah

kehidupan ini perlu diduga
sebelum mendapat nikmatnya



hasmarlia ...

Sitiawan/Oct 2013

Tuesday, 22 October 2013


Anda fikir lah sendiri:
Kisah Ular Berbisa Tunggu Mayat (Kisah Benar)

Sesiapa yang masih lagi ingat Solat itu tak penting..masih lagi Leka dan Lalai....kejap Kerjakan....Kejap tidak......maka saya paparkan kisah benar ini untuk tatapan kita bersama.....semuga ianya memberi Pengajaran kepada kita..Insya'ALLAH.

Kisah Ular Hitam menunggu Mayat. 
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan rekaan - tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah. 

Seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia….Mereka telah mengusung Jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati Dua ekor Ular yang berwarna Hitam sebesar paha Bersisik Tebal telah berada di dalam Liang Lahat (dalam kubur tersebut). 

SUBHANALLAH … keadaan Ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa pula Jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) 

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular hitam yang sama juga telah menunggu Jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. 

ALLAHUAKBAR … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat Ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh orang lain. 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan meluru ke dalam kubur wanita itu. 

Masya’ALLAH (Ular itu dengan cepat seperti menjunam terus ke dalam masuk ke dalam Kubur). 

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit Jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang Jenazah itu … 

SUBHANALLAH….Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya….wanita tersebut tidak Bersolat dan kehidupan nya suka mengumpat. 

Kejadian yang sama berlaku diTanah air kita … Jenazah seorang Lelaki yang tidak mahu Bersolat setelah pulang dari mengerjakan Haji tetapi kehidupan beliaumasih lagi Menyongsang...( Lelaki yang suka kepada Lelaki ) Berkahwin dengan Lelaki....Lelaki ini mempermain kan ALLAH.

Ya ALLAH…Kita tidak sekali2 menghinakan mereka, tetapi jauh kan lah Keturunan kami dari perkara2 yang begini…Semoga ALLAH memberi Hidayah kepada mereka..Sempat untuk Mereka Bertaubat Nasuhah.....Marilah kita semua mengambil Iktibar dan Pedoman dari kejadian ini. Semoga ALLAH swt kuatkan Iman kita dalam mendirikan Solat 5 waktu daripada gangguan Syaitan dan Iblis …Insya'ALLAH 

Ini baru seksaan di dunia akibat tidak Bersolat…..ALLAHUAKBAR.



"7 DZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI"

1.Memperbanyak Membaca - La hawla Wala Quwwata Illa billah - Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan 
- La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca - La Ilaha Illallahul Ma
likul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca - Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.

Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal 'Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do'a kita.

Semoga Bermanfaat. InshaaALLAH.

Tazkirah...

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". -
   - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
   - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika 
orang bukan mukmin 

✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

 ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞......

Saturday, 19 October 2013

KEUNIKKAN SI-KUCING

YANG PERLU KITA KETAHUI...





1. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.

2. Kucing tidur paling lama diantara binatang lainnya, sekitar 16 jam.

3. Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli (pekak sikit), walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.

4. Dalam kerajaan binatang, IQ kucing hanya dapat dilewati oleh monyet dan Chimpanzi. Ternyata kucing anggora atau kucing persia sangat cerdik.

5. Kucing mungkin selamat jika terjatuh dari lantai aras 20 daripada lantai aras 7.

7. Alasannya kerana kucing memerlukan waktu setara dengan aras 8 untuk menyedari apa yang terjadi bagi membolehkan mereka bertenang dan membetulkan posisinya untuk landing dengan selamat.

6. Sama dengan frekuensi mesin diesel yang tidak sedang bekerja, kucing bergumam 26 putaran/detik

7. Kumis pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara walaupun yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing dapat menggunakannya sebagai penuntun alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak dapat melihat.

8. Semua kucing berjalan dengan jinjit (menjengkit), termasuk kucing anggora atau kucing persia.

9. Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat terlahir dengan jari banyak sampai 7 jari dengan tulang tambahan.

10.Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu setara dengan 10 tahun usia manusia.

11. Jika anda inginkan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.

12.Tahukah anda, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 species . Namun kerana ukurannya terbilang kecil, maka tidak berbahaya bagi manusia. Namun tetap saja sangat berbahaya apabila kucing ini terinfeksi rabies(penyakit anjing gila).

13 Kucing telah bergaul dengan kehidupan manusia sekurangnya sejak 3500 tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan pengerat lainnya dari hasil panen mereka. Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yang termasuk galur murni atau kucing ras. Sisanya adalah kucing hasil pencampuran dari berbagai ras atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Oleh itu, kucing ras termasuk kucing yang paling sering dicari dan mahal harganya.

14. Di Indonesia, suara/bunyi kucing sering ditulis dengan kata “Meong”. Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan “Meow”. Di negara Inggeris sendiri, suara kucing ditulis “Miaow”.

15. Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebihan, si pussy boleh mencapai berat badan 23 kg. Dalam penangkaran, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di lingkungan urban moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.

16. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat memicu alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya. Sementara itu kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering ketimbang haiwan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.

17. Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat di Eropa pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes tersebut.

18. Jenis yang paling kecil adalah kucing berbulu bintik-bintik yang ditemui di Sri Lanka. Ukurannya setengah ukuran kucing kampung. Sedangkan kucing yang terbesar adalah seekor harimau. Harimau jantan Siberia atau harimau Amur mempunyai panjang badan keseluruhan lebih dari 3m (10 ft) dan berat badan hingga 300kg (660 lb).

19. Kucing kampung mendengkur setiap 26 kali per detik, sama dengan frekunsi mesin disel dalam keadaan idle. Kucing kampung dapat mendengar frekuensi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hingga 20 kHz. Kemampuan indera penciumannya 14 kali lebih kuat daripada penciuman manusia.

20. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing bersinar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang memungkinkan kucing untuk dapat melihat dalam kegelapan.

21. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya, sedangkan pada saat berlari menggunakan kedua kaki kanannya. Satu-satunya binatang yang melakukan hal ini adalah zirafah dan unta.

22. Memang jenis kucing kampung adalah yang paling banyak, tetapi ada juga jenis kucing yang sangat langka bahkan terancam kepunahan di muka bumi. Hanya terdapat sekitar 250 ekor kucing mirip musang di Malabar, Asia yang berjuang dari kepunahan. Kucing Iriomote, ditemukan di kepulauan Jepun Iriomotejima, dengan jumlah kurang dari 100 ekor.

#FAKTA INI DIKONGSI DARI RAKAN FB

Friday, 18 October 2013

SI PENJAJA CINTA

pria itu
menjaja cintanya 
dilorong hidup
bukan dengan harga lelong
dan borong

kerna nilai cintanya
penuh rasa kasihsayang
dan tidak pernah
menawar harga
runtuh

pria itu dan cintanya
masih menanti pelanggan yang
akan dihantar tuhan...

SEKETIKA INI...
tika ini
aku hanya menduga
sejemput rasa diruang
bait-bait bahasa ini
diantara garis garis cahaya mentari
dan seri jalur warna warna pelangi



cinta itu hadir 
kerana tulang rusuk itu dipuja
membangkit berahi dan cemburu
rupanya

tika ini
aku mencari pengertian
tentang jiwa
diruang gerabak gerabak
kosong yang menambat
perjalanan hidup itu

yang abadi bukan cinta
rupanya...

tika ini
aku merangkum semuanya
dilantai tuhan ini
mencari titik titik makna
dalam bahasa ini

hasmarlia 2013
19 OCT 2013
INDAH...
DAN CANTIK

Teratai
bunga indah
bait-bait yang kau cakar disitu
hampir merobek jiwaku
setiap lengok gayamu
buat aku cemburu

Teratai
indah namamu yang
kau abadi dilaman
seni budaya ini,
setiap titik dakwat tintamu
memekar rasa rinduku
padamu

Teratai...
kau tetap abadi
dipersada seni ini
tanpa sajak-sajak
cintamu

kasihsayang itu pasti mati
buat selama-lamanya

abadi...

Thursday, 17 October 2013

AKU SI BADUT
HIDUNG MERAH...


aku sibadut berhidung merah itu
sentiasa ada senyuman dan tawa
untuk mereka
tiada harga yang perlu dibayar
segalanya percuma
aku sibadut hidung merah itu
sentiasa mencipta senyum dan tawa
di bibir mereka
sibadut berhidung merah ini
tidak pernah membuat mereka
rasa berduka...

biar mereka tertawakan aku
biar mereka tersenyum pada aku
aku dilahirkan mencipta bahagia

cuma badut sihidung merah ini
yang tahu
apa yang tersirat didadanya
mungkin ada rasa duka
mungkin juga ada rasa bahagia
tapi dia
tetap gembira
INDAH JIKA....

Indahnya
jika katakata itu larut
kedasar hatimu
bersatu dengan darahmu
menjadi urat nadi 
dijantungmu


Indahnya
jika katakata itu sebati
dihatimu
dan aku tak perlu 
lagi mengucapkan
aku sayang kamu
sampai ahkir hayat ini...
JIWA SIAPA
jiwa ini terlalu muda
jika mahu mengerti
tentang hati...


jika kau tahu

jiwa ini juga
tidak terlalu tua
untuk dimengertikan
tentang perasan

bila jiwa muda
dan jiwa tua
itu bersatu
ia bukanya
bukan satu dosa
dan songsang

ianya satu rahmat
yang perlu disyukuri

Wednesday, 16 October 2013


 
AKU LELAKI RAPUH ITU
 
aku lelaki itu
yang rapuh hatinya
menelah jiwa memintal
rasa kasih sayang bermaruah
di ambang pintu cinta ini
yang terbuka
sesekali datang hiba menduga
hati lelaki ini
begitu  rapuh
menyusuri benang yang basah
dalam jiwa  luhur
merenung dalam lukisan putih
yang bisu
rapuh jiwaku
terbuka pintu hati
pada mimpi
dan sekuntum senyum itu
lebur  dan luruh
ditangga rindu
dan
rusuk ini
adalah seutus cinta suci
untukmu...