TERBUKA...
ku biarkan jendela ini terbuka
biar rindu ini BERLALU bersama derita
tak mampu rasanya rindu bertamu lama
dijiwa pasrah ini
ku biarkan jendela ini terbuka
agar dapatku lihat camar disitu
terbang dimusim gelora
kerana
hati ini ku biarkan berlalu sayu
walau esok bukan milikku
namun
kasihsayangku akan terus
kasihsayangku akan terus
mendakapmu ,sehingga tuhan
meleraikanya dari sukmaku
ku biarkan jendela ini terbuka
wahai kau bunga hati lestariku
andainya kau tahu
jiwaku sudah mati kini
dan...
ku biarkan jendela ini terbuka
kerana aku mahu melihat iwamu hidup
kembali berseri....
andainya kau tahu
jiwaku sudah mati kini
dan...
ku biarkan jendela ini terbuka
kerana aku mahu melihat iwamu hidup
kembali berseri....
hasmarlia , 13 Oktober,2013
No comments:
Post a Comment