MENTAFSIR
jika pelangi itu
ada satu warna
pasti indahnya tiada
bagai mana mahu
memuji-muji
didalam bait-bait puisiku
akan
tinggal sepi pelangi itu
dalam segaris warna
yang sunyi
hadirnya cahaya
tidak akan merosak warnanya
dan
hidup ini seperti menjilat
madu diatas batang
yang berduri
merasa kemanisanya dalam
kepedihan
menikmati keindahan dalam
keperitan
rupanya
mentafsir sebuah
kehidupan ini perlu diduga
sebelum mendapat nikmatnya
hasmarlia ...
Sitiawan/Oct 2013
No comments:
Post a Comment