Tuesday, 22 October 2013


Anda fikir lah sendiri:
Kisah Ular Berbisa Tunggu Mayat (Kisah Benar)

Sesiapa yang masih lagi ingat Solat itu tak penting..masih lagi Leka dan Lalai....kejap Kerjakan....Kejap tidak......maka saya paparkan kisah benar ini untuk tatapan kita bersama.....semuga ianya memberi Pengajaran kepada kita..Insya'ALLAH.

Kisah Ular Hitam menunggu Mayat. 
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan rekaan - tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah. 

Seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia….Mereka telah mengusung Jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati Dua ekor Ular yang berwarna Hitam sebesar paha Bersisik Tebal telah berada di dalam Liang Lahat (dalam kubur tersebut). 

SUBHANALLAH … keadaan Ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa pula Jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) 

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular hitam yang sama juga telah menunggu Jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. 

ALLAHUAKBAR … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat Ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh orang lain. 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan meluru ke dalam kubur wanita itu. 

Masya’ALLAH (Ular itu dengan cepat seperti menjunam terus ke dalam masuk ke dalam Kubur). 

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit Jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang Jenazah itu … 

SUBHANALLAH….Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya….wanita tersebut tidak Bersolat dan kehidupan nya suka mengumpat. 

Kejadian yang sama berlaku diTanah air kita … Jenazah seorang Lelaki yang tidak mahu Bersolat setelah pulang dari mengerjakan Haji tetapi kehidupan beliaumasih lagi Menyongsang...( Lelaki yang suka kepada Lelaki ) Berkahwin dengan Lelaki....Lelaki ini mempermain kan ALLAH.

Ya ALLAH…Kita tidak sekali2 menghinakan mereka, tetapi jauh kan lah Keturunan kami dari perkara2 yang begini…Semoga ALLAH memberi Hidayah kepada mereka..Sempat untuk Mereka Bertaubat Nasuhah.....Marilah kita semua mengambil Iktibar dan Pedoman dari kejadian ini. Semoga ALLAH swt kuatkan Iman kita dalam mendirikan Solat 5 waktu daripada gangguan Syaitan dan Iblis …Insya'ALLAH 

Ini baru seksaan di dunia akibat tidak Bersolat…..ALLAHUAKBAR.



No comments:

Post a Comment