Tuesday, 5 August 2014

IMPI-IMPI

sirna impi ini
membatasi sebuah  ilusi
dibatas-batas resah
ketika kita mengait mimpi
dihujung malam yang berbalam
dicelah timbunan debu
ada nafas perlu disatu
selepas panas bertahun
belum pasti hujan
seharian..
Selamat Hari Raya...Maaf zahir Batin pada isteri  dan anak-anak

Dalam menyambut hari lembaran 1435 ini banyak peristiwa sedih berlaku. Germany Juara Piala Dunia 2014, Gaza dihujan ni peluru zionis anak-anak dan wanita dibunuh. Malaysia kehilangan MH370 sampai blog ini ditulis masih gagal dikesan.  Dekat nak raya dikejutkan berita MH17 ditembak jatuh.

Semua itu ujian Allah kepada hambanya.  Allah mahu kita terus bersabar dan tabah.
Moga  raya kali in saya catatan yang indah dikutip.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah

yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......

Allah lebih tahu, samada kita luahkan atau tidak, tak kira kita menangis ataupun tidak, Dia tahu segalanya.. Sedangkan Nabi saw pun pernah menangis, inikan pula kita yang lemah.

 Menangis bukan bererti lemah, atau marah, bukan bererti kalah. Bukan tidak redha bukan tidak bersyukur tapi hati yang berduka dan terluka selalunya mudah benar menyebabkan airmata mengalir di pipi. 

Itu lumrah, manusia biasa.

Menangis tapi pada masa yang sama, teruslah bersangka baik kepada Allah, redha, tiap apa yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. 

Menangislah, kemudian sapula airmata, bangkit dari kedukaan dan kesedihan, dari kegagalan dan kesilapan, mulakan hidup baru dengan semangat yang baru.

Air mata tidak mampu mengubah sejarah. Tapi nilainya tinggi pada orang yang tahu menghargainya.



Sunday, 6 July 2014

Bulan ramadhan datang lagi...

teringat aku sewaktu berpuasa di Balik Pulau, orang bujang berpuasa tetap berpuasa masa time berbuka itu jer yang rasa pilu nyilu sikit dihati...al maklumlah duduk berjauhan dengan keluarga.  Berbuka di masjid jer bersama dengan jemaah dalam kariah tempat aku menyewa, kekadang aku berbuka diMasjid Daerah Barat Daya...makan nasi biasanya sebelum solat maghrib.

bukan setahun ...dua kali ramadhan aku berpuasa dinegeri orang di utara.  Tapi semua itu meninggalkan kenangan terindah.



Melihat mu tersenyum, selalu membuat hatiku cerah
Mendengar mu katakan cinta, selalu dapat membuatku melupakan segala duka
Dan dapat memiliki mu, adalah mimpi indahku yang menjadi nyata
Dan dapat membuat mu bahagia, adalah hal yang juga membuatku bahagia
Selalulah tersenyum sayangku, agar selalu cerah hati dan hari-hariku
Selalulah katakan cinta kepadaku, agar tak ada lagi duka yang kurasa
Selalulah menjadi milik ku sayang, agar selalu sempurna hidupku
Dan ku mohon…maafkanlah aku untuk segala janji yang belum bisa ku penuhi
Aku sayang Kamu
Aku akan selalu berusaha untuk membuatmu tersenyum…dan tersenyum…selalu tersenyum
terima kasih kerana hadir marliyana...
          Okt 2010-2014

Wednesday, 14 May 2014

Selamat Hari Raya...

Asalamualaikum w.b.t,

Sudah  lama aku tidak melewati blog; Lentera Merah ini.  Kebelakangan ini aku sibuk sedikit meyelesaikan urusan kerja.  Syukur alhamdulillah aku pun sudah dapat  tukar balik ke daerah Manjung ini.  Selepas berkelana di negeri orang.   selama 3 tahun 6 bulan aku bertugas di Pulau Pinang, aku bertugas di Balik Pulau satu tempat yang amat menarik diperkampungan melayu. Sudah tentu makanan nasi kandar amat popular di sini, tapi aku jarang makan nasi kandar sepanjang 3  tahun 6 bulan di  Pulau Mutiara ini,,,,kerana amat mahal mencecah hampir RM10.....itu belum kira air lagi.... so aku aku jamah masakan melayu jer...dekat kedai2 orang melayu kat sini, masakannya sedap-sedap belaka.

Terutamanya kari ikan semilang.....perhhhhh aromanya naik bila dimasak dalam periuk tanah liat.  Cikgu Zul sering membawa aku makan di Permatang Pasir.  Laksa pokok jangus pun ok juga, tapi kuahnya cheroi sikit ..tak macam kuah laksa Kuala Kangsar...ataupun laksa buyung dekat Lumut. Ermmmm kalau fikir pasal makan kata sini memang  tak habis-habis.......3  tahun 6bulan aku di perantauan hidup bujang makan pon tak tentu ...yelah mana ada nak masak orang sewa pon xda dapur hehehe
nak makan maggie pon x...mcm org bujang.  Mujur lah ada kedai mamak Bravin disitulah mengisi perut...waktu malam.  

3 kali ramadhan aku berpose dirantau..bersahur kekadang kat Bravin kekadang kat Masjid Simpang  4.  Bazar ramadhan aku pi pusing-pusing jer tengok juadah orang  Penang meamng terliuq chek...tapi jarang sangat membelinya, aku buka pose dekat masjid jer....seronok makan ramai2 bersama musafir, entahlah adakah aku musafir aku sendiri pun tak tahu. Tapi memang nikmat berbuka puasa kat masjid selama 20hari aku berbuka puasa di masjid aku tak pernah majan bertambah pon...kalau habis sepingan tu jer..alhamdulillah kekadang aku bersahur minum jer...berkat kot.






 INDAH BUATMU
(jika aku sudah tiada)

jika suatu masa nanti
kau melewati daerahku ini
aku sudah tiada ...jangan tanggisinya
selama ini aku sudah cukup puas
menabur kasih sayangku padamu
walau aku tidak pernah
menikmati balasannya
keikhlasan dan kejujuran ini
membuatkan aku menjadi lebih
sabar dan cuba memahami dirimu.
aku akan pergi jua nanti
bila sampai panggilan Illahi
janji Tuhan itu pasti
biarlah aku pergi ...


aku pasti
akan membawa cintaku ini bersama,
biar cinta itu
mereput bersama tulang temulangku
biar kasih ini
hancuri berkecai bersama hayatku
kerana mungkin tika roh dan hayatku bersatu
ditakdirnya aku tidak pernah
mendengar ungkapan kerahmat darimu
kesempatan itu memang tiada
adalah suratan untukku....

biarlah aku pergi bersemadi
dengan membawa kasihsayang tulus ini
kau adala satu-satunya
yang amatku hargai selama hidupku
mungkin masa hayatku
ada terkhilaf kata berbicara
ada diksi-diksi yang menyinggung hatimu
ada askara-askara yang membuat kau tak selesa
biar aku beritahu padamu sayang,
semua iitu satu adalah ingatanku
kerana aku sayang kamu semasa hayatku
masih ada...
maafkan aku kerana aku
tak berkesempatan menjadi imammu
untuk membacakan sifat-sifat 20 dan
bercerita tentang kisah-kisah Rasul dan Nabi
Selamat tinggal sayang....

jadilah dirimu yang sebenar
berusahalah mengenal Tuhanmu
belajarlah ilmu-ilmu Tuhanmu
jika kauseorang ibu,
jadilah ibu yang cemerlang
jika kau jadi isteri,
jadilah isteri soleha taati perintah
kau lindungilah syurga
dibawah telapak kakimu itu
agar tidak tercemar

Maafkan aku
kerana sudah tiada doa-doa
hendak ku rangkai ke langit untukmu
Maafkan aku
tidaksempat membacakan al fathihah untukmu
Maafkan aku
kerana tiada ucapan selamat dariku
kerana kita terpisah
dengan alam yang amat berbeza
aku kegelapan keseseorangan
disini sudah tiada
kenangan indah yang hendakku
kenangkan,

Tidurku amat panjang disini
sudah tiada mimpi-mimpi yang hadir
dalam lena ku,
aku sudah jauh dan amat jauh
dari kehidupanmu
tiadalagi kelahiran kedua untukku
aku hanya mendoakan kiamat
menunggu langit dan bumi bersatu
untuk dibangunkan semula

Selamat tingggal sayang
aku bukan milikmu masa hayatku
semuanya milik Tuhan.

lenteramerah

13.05.2014
Bumi Tuhan....
GUSAR MUSIM MATI

gusarku parah dihati
aku makin pasrah
dikisi-dikis mahabahku
bercelaru dikotak-kotak
silangkatan impi
ke atas, ke bawah
melintang ruangnya
masih kosong berdebu
aku kehilangan abjad perlu
askara-askaranya
telah terpesung arah
gusarku makin parah
dihujung halaman rindu
jiwaku makin kosong
terbelenggu diruang
mahabbahmu
Juwitaku
8.5.14

WARKAH INDAH BUATMU
(jika aku sudah tiada)


jika suatu masa nanti
kau melewati daerahku ini
aku sudah tiada ...jangan tanggisinya
selama ini aku sudah cukup puas
menabur kasih sayangku padamu
walau aku tidak pernah
menikmati balasannya
keikhlasan dan kejujuran ini
membuatkan aku menjadi lebih
sabar dan cuba memahami dirimu.
aku akan pergi jua nanti
bila sampai panggilan Illahi
janji Tuhan itu pasti
biarlah aku pergi ...

aku pasti
akan membawa cintaku ini bersama,
biar cinta itu
mereput bersama tulang temulangku
biar kasih ini
hancuri berkecai bersama hayatku
kerana mungkin tika roh dan hayatku bersatu
ditakdirnya aku tidak pernah
mendengar ungkapan kerahmat darimu
kesempatan itu memang tiada
adalah suratan untukku....

biarlah aku pergi bersemadi
dengan membawa kasihsayang tulus ini
kau adala satu-satunya
yang amatku hargai selama hidupku
mungkin masa hayatku
ada terkhilaf kata berbicara
ada diksi-diksi yang menyinggung hatimu
ada askara-askara yang membuat kau tak selesa
biar aku beritahu padamu sayang,
semua iitu satu adalah ingatanku
kerana aku sayang kamu semasa hayatku
masih ada...
maafkan aku kerana aku
tak berkesempatan menjadi imammu
untuk membacakan sifat-sifat 20 dan
bercerita tentang kisah-kisah Rasul dan Nabi
Selamat tinggal sayang....

jadilah dirimu yang sebenar
berusahalah mengenal Tuhanmu
belajarlah ilmu-ilmu Tuhanmu
jika kauseorang ibu,
jadilah ibu yang cemerlang
jika kau jadi isteri,
jadilah isteri soleha taati perintah
kau lindungilah syurga
dibawah telapak kakimu itu
agar tidak tercemar

Maafkan aku
kerana sudah tiada doa-doa
hendak ku rangkai ke langit untukmu
Maafkan aku
tidaksempat membacakan al fathihah untukmu
Maafkan aku
kerana tiada ucapan selamat dariku
kerana kita terpisah
dengan alam yang amat berbeza
aku kegelapan keseseorangan
disini sudah tiada
kenangan indah yang hendakku
kenangkan,

Tidurku amat panjang disini
sudah tiada mimpi-mimpi yang hadir
dalam lena ku,
aku sudah jauh dan amat jauh
dari kehidupanmu
tiadalagi kelahiran kedua untukku
aku hanya mendoakan kiamat
menunggu langit dan bumi bersatu
untuk dibangunkan semula

Selamat tingggal sayang
aku bukan milikmu masa hayatku
semuanya milik Tuhan.

13.05.2014
Bumi Tuhan....