Wednesday, 14 May 2014

GUSAR MUSIM MATI

gusarku parah dihati
aku makin pasrah
dikisi-dikis mahabahku
bercelaru dikotak-kotak
silangkatan impi
ke atas, ke bawah
melintang ruangnya
masih kosong berdebu
aku kehilangan abjad perlu
askara-askaranya
telah terpesung arah
gusarku makin parah
dihujung halaman rindu
jiwaku makin kosong
terbelenggu diruang
mahabbahmu
Juwitaku
8.5.14

WARKAH INDAH BUATMU
(jika aku sudah tiada)


jika suatu masa nanti
kau melewati daerahku ini
aku sudah tiada ...jangan tanggisinya
selama ini aku sudah cukup puas
menabur kasih sayangku padamu
walau aku tidak pernah
menikmati balasannya
keikhlasan dan kejujuran ini
membuatkan aku menjadi lebih
sabar dan cuba memahami dirimu.
aku akan pergi jua nanti
bila sampai panggilan Illahi
janji Tuhan itu pasti
biarlah aku pergi ...

aku pasti
akan membawa cintaku ini bersama,
biar cinta itu
mereput bersama tulang temulangku
biar kasih ini
hancuri berkecai bersama hayatku
kerana mungkin tika roh dan hayatku bersatu
ditakdirnya aku tidak pernah
mendengar ungkapan kerahmat darimu
kesempatan itu memang tiada
adalah suratan untukku....

biarlah aku pergi bersemadi
dengan membawa kasihsayang tulus ini
kau adala satu-satunya
yang amatku hargai selama hidupku
mungkin masa hayatku
ada terkhilaf kata berbicara
ada diksi-diksi yang menyinggung hatimu
ada askara-askara yang membuat kau tak selesa
biar aku beritahu padamu sayang,
semua iitu satu adalah ingatanku
kerana aku sayang kamu semasa hayatku
masih ada...
maafkan aku kerana aku
tak berkesempatan menjadi imammu
untuk membacakan sifat-sifat 20 dan
bercerita tentang kisah-kisah Rasul dan Nabi
Selamat tinggal sayang....

jadilah dirimu yang sebenar
berusahalah mengenal Tuhanmu
belajarlah ilmu-ilmu Tuhanmu
jika kauseorang ibu,
jadilah ibu yang cemerlang
jika kau jadi isteri,
jadilah isteri soleha taati perintah
kau lindungilah syurga
dibawah telapak kakimu itu
agar tidak tercemar

Maafkan aku
kerana sudah tiada doa-doa
hendak ku rangkai ke langit untukmu
Maafkan aku
tidaksempat membacakan al fathihah untukmu
Maafkan aku
kerana tiada ucapan selamat dariku
kerana kita terpisah
dengan alam yang amat berbeza
aku kegelapan keseseorangan
disini sudah tiada
kenangan indah yang hendakku
kenangkan,

Tidurku amat panjang disini
sudah tiada mimpi-mimpi yang hadir
dalam lena ku,
aku sudah jauh dan amat jauh
dari kehidupanmu
tiadalagi kelahiran kedua untukku
aku hanya mendoakan kiamat
menunggu langit dan bumi bersatu
untuk dibangunkan semula

Selamat tingggal sayang
aku bukan milikmu masa hayatku
semuanya milik Tuhan.

13.05.2014
Bumi Tuhan....

No comments:

Post a Comment