Asalamualaikum w.b.t,
Sudah lama aku tidak melewati blog; Lentera Merah ini. Kebelakangan ini aku sibuk sedikit meyelesaikan urusan kerja. Syukur alhamdulillah aku pun sudah dapat tukar balik ke daerah Manjung ini. Selepas berkelana di negeri orang. selama 3 tahun 6 bulan aku bertugas di Pulau Pinang, aku bertugas di Balik Pulau satu tempat yang amat menarik diperkampungan melayu. Sudah tentu makanan nasi kandar amat popular di sini, tapi aku jarang makan nasi kandar sepanjang 3 tahun 6 bulan di Pulau Mutiara ini,,,,kerana amat mahal mencecah hampir RM10.....itu belum kira air lagi.... so aku aku jamah masakan melayu jer...dekat kedai2 orang melayu kat sini, masakannya sedap-sedap belaka.
Terutamanya kari ikan semilang.....perhhhhh aromanya naik bila dimasak dalam periuk tanah liat. Cikgu Zul sering membawa aku makan di Permatang Pasir. Laksa pokok jangus pun ok juga, tapi kuahnya cheroi sikit ..tak macam kuah laksa Kuala Kangsar...ataupun laksa buyung dekat Lumut. Ermmmm kalau fikir pasal makan kata sini memang tak habis-habis.......3 tahun 6bulan aku di perantauan hidup bujang makan pon tak tentu ...yelah mana ada nak masak orang sewa pon xda dapur hehehe
nak makan maggie pon x...mcm org bujang. Mujur lah ada kedai mamak Bravin disitulah mengisi perut...waktu malam.
3 kali ramadhan aku berpose dirantau..bersahur kekadang kat Bravin kekadang kat Masjid Simpang 4. Bazar ramadhan aku pi pusing-pusing jer tengok juadah orang Penang meamng terliuq chek...tapi jarang sangat membelinya, aku buka pose dekat masjid jer....seronok makan ramai2 bersama musafir, entahlah adakah aku musafir aku sendiri pun tak tahu. Tapi memang nikmat berbuka puasa kat masjid selama 20hari aku berbuka puasa di masjid aku tak pernah majan bertambah pon...kalau habis sepingan tu jer..alhamdulillah kekadang aku bersahur minum jer...berkat kot.
No comments:
Post a Comment