Wednesday, 9 October 2013




SELAMAT HARI RAYA HAJI....

Sambutan Hari Raya Aidil Adha mungkin disambut secara biasa oleh kebanyakan umat Islam di negara ini, tetapi bagi orang Melayu beragama Islam yang menjadi perwakilan Umno, sambutan pada tahun ini barangkali berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Mereka yang terbabit mungkin menyambutnya dengan sedikit meriah serta poket yang agak berisi.
Tahun ini umat Islam akan merayakan sambutan Aidil Adha pada 15 Oktober manakala pemilihan Umno pula akan berlangsung pada 19 Oktober. Pemilihan bagi jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pula akan diadakan pada Sabtu. Ini BERMAKNA pemilihan UMNO akan berlaku dimusim HAJI.  

Yang menjadi perwakilan Umno dan mempunyai undi dalam menentukan kepimpinan parti itu, perbezan berbanding tahun-tahun sebelumnya pasti akan dapat dirasakan. Malah tidak mustahil sudah ada yang dapat merasai nikmat perbezaan itu.Selain mereka dijemput ke pelbagai acara bertemu dengan calon-calon yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan serta dijamu dengan hidangan yang enak-enak, duit raya juga turut diterima daripada calon-calon yang bertanding.

banyak ler dapat daging korban tahun ini....

Moga sempena dengan hari raya korban tahun ini UMNO tidak menjadi KORBAN kepada ahli-ahli yang teruja hendak jadi pemimpin UMNO. Ini kerana ia berlaku dalam suasana ada yang sanggup memberi dan ada pula yang sanggup menerima

1 comment: