Thursday, 10 October 2013

Hujan ribut di Arafah yang mengakibatkan beberapa buah khemah untuk jemaah Malaysia runtuh tidak menjejaskan persiapan Tabung Haji menguruskan jemaah menunaikan wukuf. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata khemah itu runtuh kerana ia belum siap dipasang sepenuhnya. Katanya cuaca hujan dan banjir kilat menjelang musim haji adalah kes biasa dan pengurusan Tabung Haji bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk Seri Jamil Khir juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan Arab Saudi telah menghalang jemaah haji memasuki tanah suci ekoran cuaca buruk dan banjir di Arafah. Katanya semua jemaah haji Malaysia telahpun memasuki Mekah dan tiada seorang pun jemaah yang datang menerusi Tabung Haji menghadapi sebarang masalah.


ANTARA TOKOH AGAMAN DAN ILMUAN YANG SEPATUTNYA DI BERI PELUANG BERADA DI BARSIAN MKT UMNO BERI UNDI ANDA KEPADA MBELIAU DEMI UMNO....

No comments:

Post a Comment