Wednesday, 9 October 2013

Aku bukan sesiapa dihatimu...

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya seperti dedebu dirumput yang menjalar
ditepi jalan,datang angin menderu...

aku dibawa bersama hilang
dipandangan mata

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya seperti embun di ujung dedaunan
bla mentari bersinar,keringlah ia disitu

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya seperti sebuah dermaga
tempat feri-feri itu berlabuh sementara
menurun dan menaikan penumpang
setelah feri sarat dermaga ini ditinggalkan
berteritib...

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya seperti kuntuman mawar
kau hanya menghidu bauan wanginya
bila kelopak-kelopak itu jadi layu
akan dibiarkan kekeringan
mati ditangkainya

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya seorang pria yang hadir
tika kau dalam sendu dan pasrah
mencari arah

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku hanya insan yang tidak mempunyai apa-apa
untuk kau hargai dan kau sanjungi
tiada budi untuk kau bawa mati

walau aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku akan tetap menitipkan doa-doa untukmu
disepanjang perjalanan hidupmu nanti
agar kebebasaan itu tidak akan terus menerus
membelengu hidupmu
hingga kau menemui arah yang dicari

walau aku bukan sesiapa dihatimu
aku mahu melihat kau terus menguntumkan senyuman
walaupun berapa musim telah kau lalui
penuh derita

jika aku pria itu,
yang bukan sesiapa pun dihatimu
sudah kabur daripada pemandangan mata mu
dan lenyap terus dari dihatimu
maafkan aku

aku bukan sesiapa pun dihatimu
aku mohon maaf segalanya
kasih saying ini aku halalkan
untuk mu...

2 comments: