Tuesday, 5 August 2014

IMPI-IMPI

sirna impi ini
membatasi sebuah  ilusi
dibatas-batas resah
ketika kita mengait mimpi
dihujung malam yang berbalam
dicelah timbunan debu
ada nafas perlu disatu
selepas panas bertahun
belum pasti hujan
seharian..
Selamat Hari Raya...Maaf zahir Batin pada isteri  dan anak-anak

Dalam menyambut hari lembaran 1435 ini banyak peristiwa sedih berlaku. Germany Juara Piala Dunia 2014, Gaza dihujan ni peluru zionis anak-anak dan wanita dibunuh. Malaysia kehilangan MH370 sampai blog ini ditulis masih gagal dikesan.  Dekat nak raya dikejutkan berita MH17 ditembak jatuh.

Semua itu ujian Allah kepada hambanya.  Allah mahu kita terus bersabar dan tabah.
Moga  raya kali in saya catatan yang indah dikutip.

Berat memang berat...sakit memang sakit....sedih memang sedih....sunyi memang sunyi. Inilah hakikat hidup sebagai wanita yang bergelar ibu tunggal. Bagi mereka yang tidak tahu menahu tentang kehidupan kita...hanya tahu menunding jari, dan merasa hina serta benci dengan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal. Tiada siapa yang hendak jadi begini. Tiada siapa dimuka bumi ini tidak mahu sebuah kebahagiaan dalam kehidupan ini. Tetapi apakah kita mampu melawan takdir Ilahi........Kita perlu yakin....setiap yang berlaku, pasti ada hikmah

yang menanti.

Seorang wanita yang perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah..dalam mencari rezeki buat anak-anak....dan seorang ibu yang perlu mendidik dan memberi kasih sayang buat anak-anak untuk menjadi insan berguna. Inilah yang harus aku lakukan. Kadang-kadang perasaan cemburu wujud dikala melihat rakan-rakan yang bahagia bersama keluarga masing-masing. Kadang kala hati kecil ini bersuara....nape aku ditakdirkan begini. Astaghfirullah......

Allah lebih tahu, samada kita luahkan atau tidak, tak kira kita menangis ataupun tidak, Dia tahu segalanya.. Sedangkan Nabi saw pun pernah menangis, inikan pula kita yang lemah.

 Menangis bukan bererti lemah, atau marah, bukan bererti kalah. Bukan tidak redha bukan tidak bersyukur tapi hati yang berduka dan terluka selalunya mudah benar menyebabkan airmata mengalir di pipi. 

Itu lumrah, manusia biasa.

Menangis tapi pada masa yang sama, teruslah bersangka baik kepada Allah, redha, tiap apa yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi. 

Menangislah, kemudian sapula airmata, bangkit dari kedukaan dan kesedihan, dari kegagalan dan kesilapan, mulakan hidup baru dengan semangat yang baru.

Air mata tidak mampu mengubah sejarah. Tapi nilainya tinggi pada orang yang tahu menghargainya.